Khamis, 28 Mei 2009

CIRI-CIRI LINTAH

  1. Lintah hidup di dalam air, manakala pacat hidup di daratan
  2. Badan nya terdiri dari 34 segmen badan
  3. Lintah mempunyai mulut serta organ pelekap iaitu penghisap anterior dan penghisap posterior
  4. Lintah dan pacat ádalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah
  5. Ia ádalah pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada perumah nya untuk tempoh masa yang sebentar sahaja bagi mendapat kan darah
  6. Lintah dan pacat boleh menghisap darah sebanyak 3 kali ganda berat badan nya
  7. Selepas mengambil darah, ia akan menanggalkan diri nya dari perumah, lalu jatuh dan mula mencari pasangan
  8. Darah perumah tempat gigitan sentiasa mengalir keluar pada bekas gigitan nya untuk beberapa ketika, selalu nya 3 jam semasa ia menghisap darah, lintah akan mengeluarkan “Hirudin” dari kelenjar liur nya
  9. Hirudin akan menghalang darah dari membeku.Dari sini lah Lintah dan Pacat dikelaskan dalam Kelas Hirudinea.
  10. Selepas makan darah dengan secukup nya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan malahan 1 tahun tanpa mendapat kan darah lagi
  11. Lintah dan pacat adalah haiwan hermaphrodile ataupun kedi. 1 individu boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan organ betina, dan ia bertelur di dalam air
  12. Induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badan nya
  13. Kadang kala, anak nya melekat dibawah cuaran di bawah badan induk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan